Sunday, July 24, 2011

LAWATAN KE BANDA ACEH JUNE 2010

Font size

Sebuah bot nelayan yang tersangkut di atas sebuah rumah yang dibawa Tsunami 7km dari pantai


Seramai 14 orang peserta mewakili Perkim Cawangan Kesidang melawat sambil beramal ke Banda Aceh pada bulan Jun 2010 yang lalu. Lawatan ke Aceh ini memberikan kesedaran yang mendalam melihat kesan-kesan Tsunami yang menghancurkan sebahagian besar daerah ini. Kehancuran dan kesan ini masih lagi ditinggalkan sebagai kenangan dan petunjuk kepada yang ingin melihat kebesaran Allah SWT. Di sini juga dapat dilihat bbrp kawasan perkuburan yang terbesar yang menempatkan 10 – 30 ribu mayat mangsa Tsunami di dalam satu liang lahat.





Salah sebuah Perkuburan Masal yang memmuatkan 10,000 mangsa Tsunami



Di sini juga dapat dilihat bbrp kawasan perkuburan yang terbesar yang menempatkan 10 – 30 ribu mayat mangsa Tsunami di dalam satu liang lahat.Setiap yang berlaku ada kebaikkanya yang mana Banda Aceh ini membangun kian pesat dengan dana2 dari badan-badan luar bagi memperbaiki infrasturktur. Dan yang lebih bersyukur oleh penduduk tempatan di sini ialah keamanan dalam erti kata sebenar. Tidak ada lagi perbalahan di antara tentera GAM (Gabungan Aceh Bersatu) dan tentera kerajaan yang dahulunya ada saja pembunuhan suspek yang tidak pasti.




Pengasas “Pondok Pengajian Percuma Fisabilillah” menerima sumbangan dari Perkim Kesidang Melaka


Peserta-peserta sangat berpuas hati dengan rombongan yang kecil ini dan kami berpeluang juga memberikan sumbangan kepada salah sebuah Pondok pembelajaran persendirian yang daif, tersorok di pinggiran kota, bagi memasitkan ajaran Islam dikekalkan pembelajarannya walaupun baru saja mengalami kemusnahan yang besar. Di dalam sumbangan ini sebanyak RM415 adalah sumbangan dikeluarkan dari tabung Perkim Cawangan Kesidang sendiri.

1 comment:

  1. assalamualaikum.,
    saya pelajar universiti sultan zainal abidin, terengganu.
    pada 12 dan 13 oktober lalu kami ada menginap di 4 buah homestay baitulaidzah,

    minta maaf, tapi sebenarnya saya mohon resit penginapan di homestay itu..saya ada telefon puan azizah tapi tidak berjawab,

    dan diharapkan puan dapat hubungi saya di 0133653621 atau 0342516178.


    terima kasih

    ReplyDelete