Penonton sedang khusyuk mendengar mauizzah hassanah yang disampaikan oleh Naqib undangan kami Sdr Shah Kirit Kalkulal , seorang pendakwah bukan melayu yang bergiat cergas dalam International Islamic Foundation ( IIS) . Apa yang dikongsi oleh beliau dalam ceramahnya petang itu sedikit sebanyak menginsafkan kami bahawa selama ini ternyata terlalu sedikit usaha yang kami lakukan untuk menarik penganut bukan Islam agar mendekati Agama Islam yang kami cintai .... sedangkan kami adalah bangsa melayu yang dilahirkan dalam Islam !
Perkim Cawangan Kesidang berbesar hati dapat mengundang Saudara Shah Kirit Kalkulal untuk menyampaikan mauizzah hassanah berjudul "MENGAPA SAYA MEMILIH ISLAM , KELEBIHAN ISLAM BERBANDING AGAMA LAIN DAN BAGAIMANA SAYA MENERUSKAN USAHA DAKWAH DIKALANGAN RAKAN-RAKAN BUKAN ISLAM ...."Ternyata tajuk yang kami pilih bukan hanya menarik perhatian ahli PERKIM tetapi telah berjaya menarik ramai penduduk setempat untuk bersama-sama mengikuti mauizzah yang disampaikan. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pengetua dan kakitangan Kolej Professional MARA , Melaka yang telah menghantar 80 orang pelajar untuk turut bersama dalam program mauizzah yang dianjurkan . Alhamdulillah.
