The Forbidden City atau dikenali sebagai Istana Larangan. Menggambarkan kehebatan Maharaja China pada zaman dahulu dengan keluasan istana , ribuan kamar dan taman yang cantik. Pada hari ini istana ini hanya tinggal sejarah dan sering menerima kunjungan dan menjadi tumpuan pelawat dari seluruh dunia. Peserta trip mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dihadapan pintu masuk Istana Larangan ini .
Menyusuri Sungai Huangpu dengan cruise memberi peluang kepada warga PERKIM Kesidang menyaksikan kegemerlapan lampu berwarna warni sepanjang melewati kota metropolitan Shanghai ketika matahari jatuh. Kelihatan samar-samar deretan bangunan pencakar langit dengan rekabentuk yang unik diantaranya Shanghai Pearl TV Tower yang terkenal .
Sebahagian peserta trip sedang bergambar kenangan di Tembok Besar China yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia . Trip ke Negara China kali ini membuka peluang kepada ramai peserta (bukan ahli PERKIM Kesidang) untuk turut menyertai kami menerokai dunia luar. Sabda Rasulullah saw "Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China". Kerana itu kami ingin melihat sendiri sejauhmana perkembangan agama Islam di sana.
Insyaallah , PERKIM Kesidang akan merancang trip laluan ke SILK ROAD di masa hadapan khusus untuk menyaksikan perkembangan Islam secara lebih dekat lagi. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt . Amin .
Pengerusi PERKIM Hj Mohd Farid Md Saleh bergambar bersama Hj. Zulfaqar dan isteri di hadapan Masjid De Wai Daijie , Xi Cheng district (Beijing) , PERKIM Cawangan Kesidang mempunyai hubungan silaturrahim yang erat dengan Lembaga Masjid berkenaan ( diantaranya adalah Imam Nordin Qian) . Kami membekalkan al-Quran (versi Inggeris) beserta risalah - risalah berunsur Islam . Bagi pertubuhan dan individu yang berminat untuk membekalkan Al-Quran dan bahan- bahan bacaan/rujukan ilmiah berunsur Islam , ianya amatlah dialu - alukan kerana di Negara China bahan tersebut sangat terhad .
Sebahagian peserta trip Beijing - Suzhou - Shanghai anjuran PERKIM Kesidang dengan kerjasama POTO Travel Sdn Bhd sedang bergambar beramai-ramai di Tiananmen Square . Di kawasan ini juga terletak Mao Tse Tung Mausoleum yang merupakan tempat pengabadian bekas diktator China yang terkenal serta pengasas kepada fahaman Komunisme .Terima kasih kepada Sdri Zainida Ali dari POTO yang banyak membantu pihak kami menjayakan lawatan ini serta sering akur pada karenah kami yang 'very demanding' .

No comments:
Post a Comment