Tuesday, December 15, 2009

Lawatan ke Kuala Lumpur & Shah Alam

BERYL'S CHOCOLATE . Program terakhir untuk lawatan sehari kami ke KL-Shah Alam adalah kunjungan ke kilang Beryl's Chocolate di Serdang . Kelihatan salah seorang dari AJK PERKIM , Pn Rosmawati Othman sedang sibuk membeli coklat sebagai ole-ole untuk dibawa pulang .


PETRONAS TWIN TOUR . Warga PERKIM Kesidang turut berkesempatan mengunjungi Jejantas Udara yang menjadi penghubung diantara dua buah bangunan gergasi milik Petronas . Seronok dapat menyaksikan sebahagian ibukota Kuala Lumpur dari ruang tinjau ini. Menara Kembar Petronas merupakan salah satu dari kebanggaan negara kerana merupakan menara kembar yang tertinggi di dunia . Proud to be Malaysian!!



YAYASAN RESTU SHAH ALAM . Kali pertama mengunjungi Yayasan Restu selepas permohonan ditolak pada April 2007 kerana Yayasan tersebut ditutup pada hari Isnin . Trip kali ini memberi peluang kepada semua peserta melihat dengan lebih dekat kaedah percetakan Al-Quran tulisan tangan . Terima kasih kepada Cik Zarina Mahusin yang telah memberi penerangan dengan begitu jelas serta memberi peluang kepada peserta melihat sendiri koleksi naskah-naskah Al-Quran tulisan tangan .



Selain Yayasan Restu , Lawatan ke Shah Alam Selangor telah memberi peluang kepada peserta berkunjung ke Pejabat Karangkraf . Ternyata peserta amat teruja mendengar penerangan dari Encik Affendi mengenai penghasilan bahan bacaan terbitan Karangkraf.


I Luv Islam ....Dara.com ....Nur... Mingguan Wanita ....Seri Dewi Keluarga ...Midi ... Impiana ... Libur ... Anjung Seri ..Rasa ...etc..... yang mana satu bahan bacaan anda ?PERKIM Kesidang memberi peluang kepada peserta untuk meninjau dengan lebih dekat hasil nukilan warga Karangkraf . Kelihatan peserta sedang mendengar dengan penuh minat taklimat mengenai kaedah pengumpulan bahan serta proses editing sebelum sesuatu bahan disiarkan di majalah.