Monday, November 30, 2009

Saudara kita memeluk Agama Islam


Setiausaha PERKIM Kesidang , Pn Hjh Azizah sedang beramahmesra dengan saudara muslim dan keluarga angkatnya di Ibupejabat PERKIM Bahagian Negeri Melaka. Terima kasih kepada PERKIM Bahagian yang telah sudi membekalkan risalah-risalah dan buku panduan mengenai Islam kepada saudara muslim berkenaan.

Mengucap dua kalimah syahadah


" Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah ...: PERKIM cawangan Kesidang sedang menguruskan pengislaman seorang sdr muslim di Ibupejabat PERKIM Bahagian Negeri Melaka . Terima kasih kepada kakitangan PERKIM Bahagian Negeri Melaka yang telah merealisasikan impian murni seorang insan yang ingin menjadi sebahagian dari umat Muhammad saw. Semoga beliau akan menjadi muslimah yang solehah. Insyaallah.