Friday, January 2, 2009

Bantuan Persekolahan & Sumbangan Hariraya

Sumbangan yang kecil mungkin tidak bererti apa-apa tetapi amat bermakna kepada golongan yang memerlukan . Program 'Ahli dan AJK Turun Padang' adalah satu usaha berterusan PERKIM Cawangan Kesidang yang menggerakkan tenaga sukarelawannya ke teratak yang penghuninya terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan untuk menerima sedikit sumbangan dari kami.
Sebahagian dari barangan keperluan dapur yang dibeli untuk diagih kepada golongan yang memerlukan setiap bulan Ramadhan . Semoga usaha kecil ini sentiasa beroleh keberkatan Nya dan akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab setiap Ramadhan menjelang. Insyaallah.


Pengerusi Tetap PERKIM Kesidang Tn Hj Safian Md Shah sedang menguruskan penghantaran sumbangan ke rumah seorang warga emas sempena Hariraya . Setiap bulan Ramadhan , PERKIM Kesidang akan mengadakan Program' Ahli Turun Padang" iaitu menghantar sukarelawan dikalangan AJK dan ahli untuk pergi ke rumah-rumah golongan yang memerlukan untuk bertanya khabar mengenai persiapan hariraya serta menghulurkan sumbangan. Semoga usaha kecil ini sentiasa diberkatiNya. Insyaallah.

Sumbangan Hariraya sedang diuruskan oleh Bendahari Kehormat PERKIM Kesidang ( 2004-2008) YM Tengku Norlaila Tengku Ismail ( bertudung hitam ) sambil dibantu oleh Pn Norlia Jaamat ( berbaju kuning ) sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan . Tengku Norlaila kemudian melepaskan jawatannya sebagai Bendahari kerana berkahwin dan berpindah mengikut suami ke Johor Bahru. Warga PERKIM Kesidang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tengku Laila kerana penglibatannya yang aktif sepanjang bersama-sama kami. Semoga berbahagia disamping keluarga . Insyaallah.



Sumbangan wang tunai disampaikan oleh Naib Pengerusi PERKIM Kesidang Tn Hj Ab Satar Abu Hassan untuk bantuan persekolahan awal tahun kepada saudara baru dan ibu tunggal semasa Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Cawangan Kesidang Melaka sambil disaksikan oleh YB Teluk Mas Datuk Latip b Datuk Hj TambyChik. . PERKIM sentiasa peka kepada keperluan golongan yang memerlukan bukan sahaja menjelang hariraya tetapi ketika sesi awal persekolahan.

No comments:

Post a Comment