
Selamat datang peserta PERKIM Cawangan Kesidang ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Kelihatan peserta sedang mendengar taklimat ringkas dari Pengarah Rumah Seri Kenangan mengenai kehidupan wargaemas dibawah jagaan rumah perlindungan ini , keistimewaan yang diperolehi sebagai penghuni rumah serta kaedah yang digunapakai untuk menangani karenah individu-individu yang istimewa ini.

Pn Norhayati Abd Kadir sedang mendengar rintihan seorang penghuni yang berkongsi sukaduka kisah hidupnya . RUMAH SERI KENANGAN ternyata menyimpan seribu kenangan yang sukar untuk dilupakan ...

Sesi beramahmesra diantara peserta rombongan PERKIM Kesidang dengan penghuni Rumah Seri Kenangan . Kelihatan Naib Pengerusi PERKIM Kesidang Tn Hj Ab Satar dan isteri Hjh Zabariah sedang mendengar luahan hati seorang penghuni yang kesedihan kerana berjauhan dengan anak -anak setelah ketiadaan isteri. " Orangtua boleh membesarkan sepuluh anak tetapi sepuluh anak belum tentu boleh membela nasib orangtua mereka". Adakah kita akan menempuh nasib yang sama suatu hari kelak? Renung-renungkanlah ...

Sukarelawan PERKIM Kesidang sedang menyediakan bungkusan makanan untuk dibawa ke Rumah Seri Kenangan bagi meraikan sambutan lebaran bersama wargaemas di sana . Kelihatan Sdri Murniyati Ishak , Sdri Hanum Sufaat dan Pn Zarina Hussein sedang bertungkuslumus menyiapkan bungkusan sehingga jam 1.00 pagi . Terima kasih diatas usaha kalian yang tidak mengenal erti jemu dalam menunaikan tanggungjawab sesama insan . Hanya Allah swt yang mampu membalasnya ...

RUMAH SERI KENANGAN CHENG. Disini tempat bernaung sekumpulan wargaemas yang memerlukan perhatian dan penjagaan memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai ahli keluarga terdekat untuk menguruskan mereka . PERKIM Cwgn Kesidang telah mengunjungi Rumah Seri Kenangan ini sempena Hariraya Idil Fitri bagi menyambut hari lebaran bersama mereka. Kelihatan AJK Perkim Kesidang , Datin Hjh Normah Othman sedang beramahmesra sambil mengagihkan sumbangan makanan kepada penghuni rumah ini.
