Lawatan Silaturrahim PERKIM Cawangan Kesidang ke Kantor Bupati Tanah Datar, Sumatera Barat . Acara bertukar cenderahati diantara PERKIM Kesidang dan Wakil Daerah Tanah Datar . Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Tourism Malaysia yang turut membekalkan kami dengan cenderahati kecil berupa note book, postcard , pen dan keychain untuk dijadikan ole-ole kenangan kepada staff kantor Bupati serta para hadirin dimajlis berkenaan.

Apakah yang 'lebih menarik' selain dari mengunjungi 'tempat menarik' ? hahaha...shopping! Budaya 'paling manis' bagi masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu adalah mengingati orang-orang ditinggalkan ketika mereka melancong keluar negara. Walaupun telah sebakul cenderahati yang dibeli, isi perut beg begitu padat hingga tercabut roda ketika diseret ke sana kemari , namun mereka masih terus membeli....
Di Bukit Tinggi , selain dari "compulsory shopping stop" yang menjual dengan harga tinggi , Pasar Atas yang sentiasa padat dengan penghuni, apa yang menarik peserta masih terus disajikan dengan jualan lambak di hadapan hotel dan di ruang parkir bas. Tak boleh lari ....

Pengerusi PERKIM Kesidang Tn Hj Mohd Farid dan isteri Pn Hjh Azizah sedang bergambar di Rumah Kelahiran Buya HAMKA di Tasik Maninjau . Kelihatan di belakang ialah koleksi gambar allahyarham semasa hidupnya . Bapak HAMKA ( Hj Abdul Malik Karim Amrullah ) merupakan penulis yang banyak melahirkan karya-karya agung dizamannya . Boleh kita bayangkan bagaimana beliau berbasikal dizaman remajanya melewati keluk 44 yang melingkari kawasan tasik yang berbukit bukau untuk ke Bukit Tinggi ? Antara karya agung beliau adalah Tenggelamnya kapal Van Der Wick dan Di bawah Lindungan Kaabah .

Peserta trip sedang melangkah masuk ke Lubang Jepang yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami iaitu Grand Malindo di Bukit Tinggi . Suasana di dalam terowong yang dibina oleh tentera Jepun itu agak dingin dan gelap. Terowong ini merupakan salah satu dari tarikan wisata ketika mengunjungi Bukit Tinggi . Kelihatan didalam gambar ( sebelah kanan berbaju batik lengan panjang) adalah Ustaz Abdullah Tahir AJK Biro Dakwah PERKIM Kesidang bersama isteri , Ustazah Mursyida ( bertudung hijau dibelakang ) serta Danial , anak tunggal mereka. Pengerusi PERKIM Hj Mohd Farid sedang berdiri disebelah kiri , juga berpakaian batik solo. Almaklum...ada program rasmi selepas ini.

Peserta wanita bergambar beramai - ramai di hadapan Istana Indoh Jolito (Rumah Tamu) sempena kunjungan silaturahim PERKIM Cawangan Kesidang ke Kantor Bupati Tanah Datar . Terima kasih kepada warga kantor Bupati Tanah Datar , Sumatera Barat yang telah bersusah payah membuat persediaan untuk menerima kunjungan kami . Untuk kali pertama , terasa dilayani bagai tetamu VVIP .

Sebaik sahaja tiba di airport Padang , peserta telah dibawa mengunjungi Minangkabau Village untuk mendengar taklimat mengenai kehidupan orang Minangkabau. Terdapat banyak persamaan diantara kehidupan warga minang di Sumatera dan warga minang di Negeri Sembilan . Adat pepatih ! Biar mati anak , jangan mati adat .

Peserta lelaki bergambar kenangan bersama wakil Bupati Tanah Datar Drs. Hj Aulizul Syuib selepas mengerjakan solat jumaat bersama - sama . Drs Aulizul Syuib sering berkunjung ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia untuk program ' Rawatan dan pelancongan' yang dipromosikan oleh hospital - hospital swasta negeri ini dikalangan warga Indonesia . Beliau turut melahirkan rasa kagumnya dengan kepesatan bidang pelancongan di Negeri Melaka dibawah pimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Hj Mohd Ali Rustam.
Bangganya kami sebagai rakyat Melaka!