
Alor Star, Kedah . Sebahagian dari penghuni muda Darul Aitam Wal Masakin yang menyambut kehadiran kami dan sempat bersama-sama mengerjakan solat Maghrib berjemaah. Dalam sesi ramahmesra bersama mereka , banyak cerita-cerita duka yang telah dikongsi bersama . Perkim Cawangan Kesidang sengaja mengatur program kunjungan silaturrahim ke PERKIM Bahagian Negeri Kedah untuk meninjau Darul Aitam Wal Masakin dengan hasrat menghulur sedikit sumbangan.

AJK Perkim Cawangan Kesidang Encik Ismail Hashim sedang bertukar cenderahati dengan wakil Perkim Bahagian Negeri Kedah sambil diperhatikan oleh Tn Hj Suid Albana ( AJK ) dan Tn Hj Farid Saleh ( pengerusi ) dalam salah satu sesi kunjungan silaturrahim ke PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Alor Star . Terima kasih kepada AJK PERKIM Bahagian Negeri Kedah yang sanggup menunggu ketibaan kami dengan sabar walaupun ternyata kami lewat hampir 6 jam kerana kehabisan tiket feri ( Langkawi ) ke Kuala Perlis .

Selain kunjungan silaturrahim ke Perkim Bahagian Negeri Kedah , kami turut mengambil kesempatan melawat penghuni Darul Aitam Wal Masakin dibawah kelolaan PERKIM Kedah . Peserta sedang bergambar beramai-ramai dihadapan bangunan yang menempatkan asrama anak-anak yatim dan miskin .