Kelas mingguan Saudara Muslim dianjurkan oleh PERKIM Cawangan Kesidang di Surau Taman Pandan Jaya pada setiap hari Ahad jam 1.00 - 2.30 tghari . Kelas ini dikendalikan oleh Ustaz Asfaizal Samakun dan terdiri dari 30 orang peserta saudara muslim pelbagai bangsa iaitu Cina , India , Filipino dan pribumi Sarawak . Setiap peserta akan dibayar rm7.00 untuk elaun kehadiran ( tambang kenderaan ) dan minuman ringan turut disediakan . Perjalanan kelas ini dipantau dari masa ke semasa oleh AJK Perkim Cawangan Kesidang . Peperiksaan diadakan sekali setahun dan dikendalikan oleh PERKIM Bahagian Negeri Melaka. Alhamdulillah , objektif kami mewujudkan kelas bagi memastikan saudara muslim setempat mendapat bimbingan yang sewajarnya mendapat sambutan baik .
Salah seorang peserta saudara muslim sedang menerima Kit pembelajaran yang disampaikan oleh YB Datuk Latip b. Datuk Hj Tamby Chik selaku bapa angkat DUN Kesidang untuk kelas mengaji dan Fardhu Ain yang dianjurkan oleh PERKIM Cawangan Kesidang di Surau Taman Pandan Jaya.
Perasmian Kelas Saudara kita oleh YB Datuk Latip bin Datuk Hj. Tamby Chik Hassan di surau Pandan Jaya pada Mac 2008. Seramai 30 peserta saudara kita telah mendaftar untuk kelas mengaji dan Fardhu Ain yang dianjurkan oleh PERKIM Cawangan Kesidang . Naib Pengerusi PERKIM Kesidang , Tn. Hj. Ab. Satar bin Abu Hasan sedang menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Latip .
Sebahagian peserta kelas saudara muslim dan ahli-ahli PERKIM Kesidang yang hadir sempena perasmian kelas saudara kita . Terima kasih kepada JK Surau yang telah memberi sokongan kepada program ini dan mengizinkan penggunaan prasarana yang terdapat di surau untuk menjayakan kelas berkenaan. Hanya Allah swt yang akan membalas segala kebaikan .
