Bermalam di Kinabalu Pine Resort, Kundasang, Sabah. Kami berkesempatan menyaksikan keindahan alam semulajadi ( flora dan fauna ) di Kinabalu Park serta melihat Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara dan menjadi kemegahan rakyat Malaysia .
Saturday, August 19, 2006
Lawatan ke Sabah Negeri Bawah Bayu
Bermalam di Kinabalu Pine Resort, Kundasang, Sabah. Kami berkesempatan menyaksikan keindahan alam semulajadi ( flora dan fauna ) di Kinabalu Park serta melihat Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara dan menjadi kemegahan rakyat Malaysia .
Tuesday, August 15, 2006
Kem Kecemerlangan Pendidikan UPSR
Biro Dakwah PERKIM Kesidang , Ustaz Abdullah Tahir memimpin bacaan yassin untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia sebelum memulakan kuliah Subuh dan Maghrib . 
Peserta telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan beberapa orang sukarelawan PERKIM yang terdiri dari tenaga pengajar sekolah telah diminta mengendalikan sesi ini . Adalah diharapkan aktiviti seumpama ini dapat meningkatkan 'self esteem' pelajar-pelajar berkenaan agar lebih yakin berhadapan dengan masyarakat sekeliling tanpa memiliki perasaan rendah diri . Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Kota Melaka YB En Wong Nai Chee yang sungguh prihatin , YB Datuk Hj Abu bin Pit ADUN Sg Rambai merangkap Naib Pengerusi I PERKIM Bahagian Negeri Melaka serta Exco Kebajikan Negeri Melaka YB Datuk Hjh Ramlah Abas . Terima kasih kepada semua YB yang telah menyumbang untuk menjayakan Kem Kecemerlangan Pendidikan UPSR Anak Yatim Islam DUN Kesidang ini .
Peserta sedang mengikuti slot teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR . 4 fasilitator yang terdiri dari guru-guru pakar serta berkemahiran dalam pemeriksaan kertas telah diundang untuk memberi bimbingan kepada mereka . Objektif PERKIM Cawangan Kesidang menganjurkan program ini selain merapatkan silaturrahim dengan golongan yang kurang bernasib baik , kami juga merasa bertanggungjawab membantu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan penyediaan modul yang bersesuaian .
Peserta bergambar beramai-ramai selepas aktiviti riadah petang . Mereka tergolong diantara anak-anak yang mampu mengurus diri , berdisiplin dan mempunyai kesungguhan dalam tiap aktiviti yang dilaksanakan . Hidup tanpa ketua keluarga sejak kecil ternyata lebih mendewasakan mereka .

Peserta sedang menikmati makan malam sebelum solat maghrib berjemaah . Kem 2 hari 1 malam ini telah disusun dengan jadual program yang begitu padat meliputi riadah ( sukan) , slot bimbingan teknik menjawab peperiksaan UPSR bagi semua subjek utama , motivasi berkumpulan serta bacaan yasin dan kuliah subuh / maghrib . Peserta turut disajikan dengan makanan sebanyak 6 kali sehari .
